Nota Pra-Musim: Pembikinan Practice Tool19.10.2016

OLEH RIOT AEON & L4T3NCY


Biar betul?

Setahun lalu, kami membuat kesilapan besar pada pelancaran Riot Pls, pentas di mana kami membincangkan projek-projek yang mungkin dilancarkan, mungkin tidak. Pada masa itu, kami mengemukakan initiatif Practice Tool yang membenarkan anda berlatih secara Solo tanpa sebarang sekatan. Anda tidak bersetuju, dan kami menghargai pendapat anda semua.

Enam bulan lepas, , kami ingin mengambil pendekatan mudah dan asas supaya ia dapat membantu anda. Kami juga mahu Practice Tool digunakan oleh pemain pada setiap peringkat, sama ada Bronze atau Challenger. Anda mampu menggunakan Training Mode untuk menguasai mekanik permainan sekali gus menguasai setiap peta perlawanan. Setakat ini, kami belum memulakan eksperimen untuk menyediakan Practice Tool ini secara Multiplayer. Setelah versi pertama dilancarkan, kami akan memberi tumpuan kepada setiap kekurangan. 

Berikut adalah informasi terkini...

Alat pengilap bakat menyeluruh

Objektf utama bagi Musim 2017 akan datang adalah memastikan para pemain mempunyai kemudahan lengkap untuk mempertingkatkan lagi mutu permainan secara keseluruhan. Biarpun masih berada dalam peringkat awal, kami ingin mengongsikan sedikit maklumat.

Bagi Practice Tool, kami ingin mengambil pendekatan mudah dan asas supaya ia dapat membantu anda. Kami juga mahu Practice Tool digunakan oleh pemain pada setiap peringkat, sama ada Bronze atau Challenger. Anda mampu menggunakan Training Mode untuk menguasai mekanik permainan sekali gus menguasai setiap peta perlawanan. Setakat ini, kami belum memulakan eksperimen untuk menyediakan Practice Tool ini secara Multiplayer. Setelah versi pertama dilancarkan, kami akan memberi tumpuan kepada setiap kekurangan. 

Beralih kepada visi kami untuk melihat League menerajui dunia sukan bagi generasi akan datang, kami ingin membukakan peluang untuk anda berlatih dengan lebih efisyen tanpa menunggu 5 minit untuk melatihkan skil penting. Practice Tool membenarkan anda berlatih dengan Champion secara menyeluruh sehingga anda lebih yaking untuk menghadapi cabaran dalam The Rift.

Berikut adalah fungsi-fungsi Practice Tool:

  • Jumlah Gold tidak terbatas
  • Aktifkan semula Cooldown
  • Kunci Level dimahukan
  • Hentikan keluaran Minion

Kami masih mengkaji segala aspek alat ini, jadi penambahbaikan akan datang sememangnya berdasarkan konsep yang sama. Apa yang penting, anda berlatih dengan lebih efisyen. Masih terlalu awal untuk menjelaskan kesemua fungis Practice Tool, apapun terus menantikan maklumat terkini daripada pihak kami.