Aksi Worlds Klasik: Taipei Assasins26.10.2016



Siapa sangka wakil Taiwan mampu mengenepikan cabaran kuasa-kuasa Eropah, Amerika Utara, China dan Korea dalam permainan League of Legends. Taipei Assasins menutup mulut penonton sedunia ketika menjuarai Kejohanan Dunia Worlds 2012 iaitu edisi kedua. 

Pada waktu eSukan masih dalam proses pembangunan, Riot Games mengumumkan bahawa kesemua 10 ribu kerusi Galen Center Arena di University of South California telah dijual! Lebih lagi, 1 juta pemain menonton aksi finals menerusi penstriman langsung di Twitch.tv dan Ovne3d.tv

Beerdepoan cabaran wakil Korea, Azubu Frost, pasukan Taipei Assassins mempamerkan aksi agresif untuk menenunddukkan pasukan kegemaran sekali gus muncul pasukan Asia pertama untuk menjulang Piala Summoner!

Biarpun tewas pada aksi pertama, Taipei Assassins kembali bangkit untuk memenangi tiga aksi berturut-turut untuk menguasai perlawanan siri.