Ceritakan Kisah Anda!17.10.2016



Pelancaran siri mini Live/Play membenarkan kami lebih mendekati dan memahami kehidupan pemain-pemain dalam komuniti kami. Kini, kami mahu mengongsikan cerita anda juga!

Melewati hubungan erat yang diciptakan menerusi League of Legends, kami ingin mempertengahkan individu dan detik-detik yang menyuntik inspirasi kepada pemain-pemain lain. Sama ada kisah anda telah berlalu ataupun dalam masa yang terdekat, apa yang penting adalah tugas kami untuk merakamkan makna dan emosi pada saat ia terjadi! 

Sebelum ini, kami pernah berdepan kisah yang sama: persaudaraan dalam League of Legends, pencapian tahap Platinum bawah tekanan tidak menyenangkan dan selebihnya. Kami ingin tahu mengapa kisah anda berbeza daripada yang lain. Kami ingin menyelami kisah dan pengalaman paling unik dalam League of Legends.

Sedikit petunjuk untuk membantu anda:

  • Bermain League bawah tekanan aneh yang mengagumkan
  • Melakukan pengorbanan besar semata-mata mengejari impian League of Legends
  • Menggunakan League sebagai alat pengajaran dan advokasi

Sama ada pengalaman anda tersendiri atau rakan-rakan lain, nyatakan minat anda DI SINI.