Worlds 2016: Jangan terlepas pertembungan pasukan 4 terbaik!20.10.2016


Kelompok 4 terbaik Worlds 2016 kini selangkah daripada membuat penampilan di final! Apa yang pasti, Piala Summoner bakal dirangkul salah satu daripada SK Telecom T1, ROX Tigers, Samsung Galaxy atau H2K. Sebelum itu, pasukan-pasukan ini harus mengenepikan satu sama lain di Madison Square Garden, New York!

SAMSUNG GALAXY lwn H2K


Biarpun dianggap pasukan pilihan ketiga Korea, SSG mempamerkan aksi konsisten sepanjan kempen dan merupakan satu-satunya pasukan yang tewas hanya sekali, setakat ini. Prestasi pemain Top dan Mid Lane, Lee "CuVee" Seong-jin dan Minho “Crown” Lee merupakan faktor utama disebalik pencapaian pendahulu Kumpulan D itu. Apabila anda membincangkan kuasa League of Legends di Korea, jangan perlekihkan cabaran SSG selain SKT dan ROX Tigers...

Di samping itu, harapan terakhir Eropah, H2K membuktikan fakta paling popular. Sekiranya anda mampu mengelakkan diri bertemu pasukan Korea, anda mampu pergi jauh dalam mana-mana kejohanan. Bagaimanapun, pasukan Inggeris itu terpaksa meranapkan harapan pasukan Wildcard, Albus NoX Luna untuk menjadi kuda hitam pada peringkat semifinal ini. Ketibaan pemain import Greece, Konstantinos "FORG1VEN" Tzortziou memberi nafas baru kepada jentera serangan H2K untuk melakukan kejutan besar!


ROX TIGERS lwn SK TELECOM T1


Secara jujurnya, pertemuan ROX-SKT dianggap perlawanan final sempurna untuk menutup tirai musim 2017. Selaku juara LCK terbaru, ROX Tigers enggan dibayangi lagi SKT dan mensasarkan kemenangan Bo5 pertama dalam sejarah mereka menentang seteru ketat itu. Lebih lagi, kami tidak dapat mengenepikan barisan Rox Tigers yang dibintangi dua pemain Top Lane dan Jungle dalam dunia iaitu Song "Smeb" Kyung-ho dan Yoon "Peanut" Wang-ho. Keserasian dalam perlawanan antara kedua-duapemain ini tidak dapat disaingi pasukan-pasukan lain.

Malangnya, SKT adalah halangan terbesar menjelang aksi separuh akhir ini. Bagi kami, selagi anda tidak mampu menewaskan SKT T1 dalam perlawanan Bo5, maka pasukan itu belum cukup layak untuk digelar pasukan terbaik dunia. Menariknya, SKT tidak terlalu mengecewakan tahun ini malah ia dilihat sebagai satu musim yang hambar untuk juara dunia itu.