Arcana Trials sudah bermula!11.11.2016

OLEH ADIL "BONCH8" HISHAM


Sebaik sahaja anda berpendapat tiada lagi acara menarik dalam League of Legends, kami mengaturkan satu lagi cabaran untuk anda membuktikan bakat menentang pemain-pemain lain! Selama satu bulan sahaja, para Summoner kami akan diujikan semula tetapi kelajuan, skil dan kegigihan akan menentukan siapa muncul yang terbaik. 

Bermula 11 Nov - 12 Dis, 2016, perang anda di Summoner’s Rift akan membawa makna baru, di mana anda perlu bekerja keras untuk memenuhi objektif utama! Acara ini bakal menyaksikan anda membawa pulang pelbagai hadiah-hadiah menarik bagi setiap Trial yang diselesaikan.

Tuan-tuan dan puan-puan, Arcana Trials sudah bermula!


HADIAH-HADIAH TRIAL

  • Mystery Champion 
  • Mystery Skin
  • Mystery Draw (Rune Page percuma, 100 IP, 150 IP, 250 IP atau 4 Wins IP Boost)
  • Mystery Bonus and 5000 IP

BAGAIMANA SAYA BOLEH SERTAI ACARA INI?

Log masuk ke akaun Garena anda untuk mendapatkan buku Arcana anda. Anda akan diberikan Trial pada setiap muka surat di mana anda perlu menyelesaikannya sebelum memulakan Trial seterusnya. 

Setiap Summoner akan diberikan “Flash” yang membenarkan anda melangkau ke Trial seterusnya. Anda hanya diberikan satu Flash, pastikan ia digunakan sebaik mungking

Arcana Trials bermula hari ini Untuk maklumat lebih lanjunt mengenai Arcana Trials, layari laman web rasmi di arcanatrials.lol.garena.com sekarang!