Kem Garena mengorak langkah arena kampus31.10.2016

OLEH ADIL "BONCH8" HISHAM


Arena kampus eSukan mengalamai tahun yang amat bermakna pada tahun 2016, apa tidaknya kejohanan Liga Kampus Malaysia (MYCL) menyaksikan penyerahan biasiswa eSukan pertama di Malaysia bernlai lebih RM30,000! Lebih lagi, juara MYCL turut diberikan peluang mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa bagi peringkat kampus.

Bagaimanapaun, pasti ada persoalan disebalik setiap kisah kejayaan: Apakah langkah seterusnya? Apakah nasib yang menantikan arena kampus League of Legends? Berikut adalah hasil daripada Kem Garena yang berlangsung pada hari minggu lepas.


JADILAH PENGASAS KELAB ESUKAN KAMPUS ANDA


Sabtu lepas, Garena mengaturkan satu mesyuarat bersama 11 lagi universiti tempatan untuk membincangkan impak yang mampu ditinggalkan kelab eSukan masing=masing. Diketuai Ketua dan Presiden Kelab tersendiri, ahli-ahli ini diberikan pengajaran penting mengenai cara menerjah bidang eSukan sekali gus menghadapi cabaran-cabaran sebagai pengurus kelab eSukan menerusi pelbagai permainan, perbincangan dan latihan.

Lebih penting, mereka diberi tunjuk ajar untuk menganjurkan kejohanan dan pencarian penaja. Disebabkan setiap isntitut pelajaran mengalami kemasukkan dan keluaran pelajar, hubungan bersama universiti adalah yang bermakna pada hari kejohanan.


Selaku peneraju Leaegue of Legends, Garena akan memantau prestasi setiap kelab eSukan, termasuk juga kampus yang memerlukan bantuan ketika membangunkan kelab eSukan pertama di kampus. Kami ingi mencucapkan terima kasi kepada ahli-ahli yang menyertai Kem Garena, termasuk para pelajar daripada Sunway University, UniKL, UTAR Sungai Long, IIUM, APU, TARUC, SEGi (KD), MONASH, Taylor's Lakeside, UM, and UNITEN