Kenali juri undangan SCG Cosplay Competition!30.08.2016

OLEH JC "HYNUCK" LAM
DIALIH BAHASA OLEH KHAIDIR "KAEDE" ZARAAI

Foto banner oleh Nanee? Photography

Tarikh tutup SCG Cosplay Competition semakin dekat, kami berasa teruja untuk mengumumkan 2 juri undangan yang akan mengetuai panel -- Fujiwara Kazuko dan Weon Haur! 

Mereka berdua terkenal dalam cosplay komuniti tempatan dan memenangi pertandingan Cosplay Collision (Fujiwara Kazuko pada tahun 2013 dan Weon Haur pada tahun 2014). Mereka akan bertemu dan berbual bersama cosplayer lain dalam acara tersebut.

Lihatlah page Facebook mereka untuk melihat hasil kerja mereka:

Pendaftaran untuk pertandingan, akan diadakan di One City Mall, Subang Jaya pada 11 September, masih dibuka, jika anda belum mendaftar, cepat! Hadiah berjumlah RM3,000 bakal menjadi milik para pemenang.