[MY] Pra pendaftaran untuk SCG Hari 1 untuk mendapatkan hadiah!22.08.2016

OLEH JC "HYNUCK" LAM
DIALIH BAHASA OLEH KHAIDIR "KAEDE" ZARAAI


Selangor Cyber Games akan menuju ke Subang Jaya, dan semua diundang untuk menonton Piala LoL SCG secara langsung! Seperti yang disebut dalam artikel utama kami, kami akan memberikan beberapa hadiah di sana, termasuklah edisi terhad Baju Role LoL bagi sesiapa yang mendaftar awal. 

Acara terbuka kepada semua, tapi kami hanya memberikan edisi terhad Baju Role LoL kepada 200 pertama yang mendaftar awal.

Tempat: One City Mall, Subang Jaya (Peta)
Tarikh: 10 & 11 September, 2016
Masa: 10:00 pagi - 10:00 malam
Kemasukan: Walk-in
Yang mendaftar awal: Mendapat Baju Role LoL (berbeza untuk Hari 1 dan Hari 2)

 

Kami mempunyai 200 Baju Role LoL setiap hari untuk Hari 1 dan Hari 2, jadi anda perlu mendaftar awal untuk kedua-dua hari untuk mendapatkan dua baju. Kami akan melancarkan maklumat lanjut mengenai baju Hari 2 minggu hadapan, tapi buat masa ini, kami membuka pendaftaran untuk Hari 1. Pendaftaran akan ditutup apabila 200 slot telah diisi.

 

Selain daripada Baju Role LoL edisi terhad, sesiapa yang berada di acara (yang walk-in dan mendaftar awal) juga akan mendapat cenderahati percuma dan barangan LoL dengan menyertai aktiviti acara kami:

Datang dengan pakaian Cosplay
Datang ke SCG Hari 1 atau Hari 2 berpakaian cosplay. Kami akan mencari anda dan memberikan edisi istimewa Pin Ahri!

Cabutan Bertuah/Permainan Pentas

  • Baju LoL Role
  • Plushie Rammus
  • Plushie Cottontail Teemo
  • Plushie Badger Teemo
  • Patung Tryndamere
  • Patung Ezreal
  • Patung Thresh (Hadiah Utama Hari 1)
  • Patung Ziggs (Hadiah Utama Hari 2)

Terus menunggu sehingga kami membuka pra pendaftaran untuk SCG Hari 2 minggu hadapan dan menerbitkan lebih banyak info mengenai Baju Role LoL yang akan ada. Untuk maklumat lanjut mengenai SCG LoL Cup atau Pertandingan Cosplay, pergi ke artikel utama di sini.