[MY] Worlds Viewing Party: Panduan Asas26.10.2016

OLEH ADIL "BONCH8" HISHAM


Tuan-tuan dan puan-puan, perlawanan dinantikan bakal tiba! Dua pasukan terunggul Kejohanan Dunia League of Legends akan merebuti peluang menrangkul Piala Summoner! Terhebat sekali, kami akan membawakan segala aksi Worlds 2016 kepada anda di Worlds Viewing Party di TGV Cinemas!

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik ketika menonton final Worlds 2016 pada skrin besar! Bagi peserta-peserta kami, berikut adalah panduan menyuluruh mengenai Worlds Viewing Party 2016.


SAYA ADA TIKET WVP, ADA HADIAH TAK?


Pada penghujung program kami, pegawai Garena akan memberikan satu Skin Card (termasuk skin Little Devil Teemo dan Curling Veigar + Champion) kepada anda semua! Pasitkan anda menerima Skin Card anda sebelum pulang ke rumah!


Snap & Menang 
Inginkan Teemo Hat eksklusif? Anda hanya perlu memuat naik foto anda di Facebook bersertakan #Worldsmy2016 dan #lokasiNomborDewan! Anda diingatkan supaya tag lokasi anda dan memastikan akaun anda disetkan kepada 'Public' sepanjang tempoh peraduan ini.




Pemenang-pemenang akan dipilih secara rawak menerusi senarai #worldsmy2016 ketika Worlds Viewing Party dilancarkan.

Cabutan Bertuah
Setiap peserta akan diberikan satu tiket Cabutan Bertuah di kaunter pendaftaran venue masing-masing. Rebuti peluang membawa pulang hadiah League of Legends dan peralatan Gaming daripada Armageddon!




*Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, anda diingatkan supaya membawa tiket dan menyimpan nombor Booking ID apabila menghadiri acara tersebut.


[SIZE=4]BILA BOLEH DATANG?/SIZE]

Tarikh: Ahad, 30 OKtober 2016
Masa: 7 pagi - 2 petang (Kaunter pendaftaran dibuka seawal 6 pagiRegistration counters open at 6AM)
TiketSOLD OUT (Termasuk Air Minuman dan Popcorn percuma)


WVP DEKAT MANA? ADA CARA LAIN NAK PERGI KE VENUE?

Pastikan venue tiket anda! Sekiranya anda memerlukan jalan mudah ke WVP, anda digalakkan mendaftarkan nama untuk perkhidmatan Bas Percuma, di bawah: 

KUALA LUMPUR
TGV Wangsa Walk 


SELANGOR
TGV One Utama
BAS 1 | BAS 2 | BAS 3 |


PENANG
TGV 1st Avenue 
BAS 1 BAS 2 |


PERAK
TGV Kinta City
BAS 1 |


JOHOR
TGV Tebrau City
BAS 1 |


*Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Bas Percuma tidak disediakan untuk peserta-peserta TGV Wangsa Walk tatkala ia merupakan pembukaan saat terakhir.


Masih lagi ada ruang untuk diisikan dalam bas-bas kami. Cepat! Tempat duduk adalah terhad!


SIAPAKAH FINALIS WORLDS 2016?


Edisi Worlds 2016 menyaksikan pertembungan dua jaguh Korea iaitu Samsung Galaxy dan SK Telecom T1 di STAPLES Center, Los Angeles.




APAKAH HADIAH YANG MENANTIKAN JUARA WORLDS 2016?

Pada awalnya, pasukan 16 terbaik di Worlds bersaing untuk hadiah wang tunai bernilai lebih USD 2,000,000! Namun, penyokong dan ahli komuniti (BUKAN ASIA TENGGARA), akan menyumbang kepada jumlah keseluruhan menerusi buat kali pertama dalam sejarah. 


Untuk rekod, 25% daripada jualan keseluruhan Championship Zed dan Championship Ward akan disumbangkan ke dalam jumlah kesluruhan. Selain itu, 30% daripada jualan keseluruhan Team Icon akan dibahagikan kepada pasukan-pasukan tersebut. 


Peningkatan jumlah hadiah wang tunai menyaksikan jumlah itu dibahagikan mengikut peratusan dibawah:

  • Juara: 40%
  • Naib Juara: 15%
  • Tempat Ke-3/4: 7.5% (jumlah 15%)
  • Tempat Ke-5 - 8: 4% (jumlah 16%)
  • Tempat Ke-9 - 12: 2.25% (jumlah 9%)
  • Tempat ke-13 - 16 1.25% (jumlah 5%)

SAYA TAK DAPAT SERTAI WVP, MACAM MANA NAK TENGOK PERLAWANAN FINAL?

Jangan risau! Anda juga boleh menonton aksi Worlds 2016 di Saluran 808, eGG Network hanya di Astro!

Inginkan ulangan juga? Astro Arena (Saluran 801) akan menyiarkan ulangan final Worlds 2016 pada pagi seterusnya! 


KEJAP, SAYA MASIH ADA SOALAN!

Kami akan cuba terbaik untuk menjawab kesemua pertanyaan anda dalam ruang komen di bawah! Terima kasih!