Nabil Ahmad akan menghoskan Selangor Cyber Games LoL Cup!05.09.2016

OLEH JC "HYNUCK" LAM
DIALIH BAHASA OLEH KHAIDIR "KAEDE" ZARAAI


Memperkenalkan selebriti tempatan, Nabil Ahmad, yang akan menghoskan Hari Ke-2  Selangor Cyber Games (SCG) LoL Cup Finals di One City Mall, Subang Jaya pada 11 September!

Menjuarai Raja Lawak, pada tahun 2008, Nabil menjadi hos, DJ radio, penyanyi, dan pelakon. Kini, beliau terkenal menjadi hos MeleTOP dan Gegar Vaganza, menjadikan beliau personaliti yang paling digemari ramai.

 

Walaupun ini merupakan pengalaman pertama beliau dalam eSukan, Nabil bukan sahaja akan menghoskan kejohanan, tapi juga berinteraksi dengan orang ramai dan memberikan hadiah pada acara tersebut. Tambahan lagi, beliau juga akan bermain bersama Kuala Lumpur Hunters, di mana beberapa para penonton akan diundang ke atas pentas untuk mengambil bahagian.

Kenali Nabil di akaun Instagram beliau, di mana beliau mempunyai follower seramai 1.2 juta, dan pastikan anda sertai beliau dalam SCG LoL Cup Finals Hari Ke-2. Tapi sebelum itu, tonton video di atas!

Jangan lupa untuk singgah juga pada 10 September, di mana hos 8TV Quickie, Zubaidah "Zooey" Md Noor, untuk memulakan acara SCG Hari 1.