Pertandingan SCG Cosplay: Top 1005.09.2016

OLEH JC "HYNUCK" LAM
DIALIH BAHASA OLEH KHAIDIR "KAEDE" ZARAAI


Pentas sudah bersedia, dan 10 pesaing akan menghunuskan pedang mereka, bergaya dengan perisai mereka. Betul itu, inilah Selangor Cyber Games (SCG) Cosplay Competition!

Top 10 cosplayer telah dipilih untuk pertandingan ini yang akan menuju ke One City Mall, Subang Jaya pada 11 September untuk bertarung di finals. Hadiah bernilai lebih RM3,000 untuk dimenangi, dengan RM1,500 kepada juara. Berikut adalah Top 10 cosplayer tersebut:

 

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Fujiwara Kazuko dan Weon Haur, dua cosplayer veteran tempatan dan juara pertandingan Cosplay Collision sebelum ini, akan menjadi juri undangan dalam final. Pakar dalam prop dan kostum, mereka berdua akan bertemu dan berbual bersama cosplayer bertanding sewaktu acara tersebut.

Jom ke SCG Hari 2 untuk melihat mereka beraksi.