Tonton final Worlds 2016 beramai-ramai di TGV Cinemas!12.10.2016



Sekali lagi, kejohanan League of Legends terbesar akan ditayangkan pada skrin terbesar! Worlds Viewing Party 2016 merupakan acara penutup musim 2016 dan kami ingin mengongsikan pengalaman ini bersama anda di TGV Cinemas, pada 30 Oktober ini! 

Berdasarkan prestasi yang ditampilkan pasukan-pasukan terbaik dunia pada peringkat kumpulan, pusing Playoff pasti diwarnai kejutan lain sebelum juara keseleruhan dinamakan di STAPLES Center di Los Angeles, California. 

Biarpun pasukan juara bakal menjulang Piala Summoner di Amerika Syarikat, kami lebih berbangga untuk membawa Worlds 2016 kepada komuniti League of Legends di Malaysia. 

Info Tiket

Tiket akan dijual bermula esok! Pada Khamis ini, anda boleh mula menempah tiket venue-venue tertentu ataupun secara online. Berikut adalah senarai TGV Cinemas yang akan menyiarkan aksi final Worlds 2016: 

Harga Tiket: RM 25 (Minuman dan Popcorn + tiket Cabutan Bertuah)
Mula Dijual: 13 Oktober, 2016 (Sehingga 30 Oktober)


Senarai TGV Cinemas

Selangor [Map]
TGV One Utama
1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Penang [Map]
TGV 1st Avenue
182, Jalan Magazine, Georgetown, 10300 Penang

Perak [Map]
TGV Kinta City
2, Jalan Teh Lean Swee, Taman Ipoh Selatan, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia

Johor [Map]
TGV Tebrau City
1, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru


Bas Percuma

Sama seperti tahun lepas, Worlds Viewing Party akan berlangsung pada awal pagi. Dengan itu, kami telah mengaturkan servis pengangkutan percuma buat anda semua (jika diperlukan):



Aktiviti-Aktiviti

Semestinya, kami akan mengadakan beberapa aktiviti di mana anda semua berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!

  • Snap & Menang: Pos gambar di Instagram bersertakan #worldsmy2016 untuk menerima hadiah Teemo Hat
  • Hadiah Cabutan Bertuah: Armageddon sudah tiba! Rebuti peluang membawa pulang peralatan gaming hebat!
  • Epic Skin Card Giveaway: Setiap peserta Worlds Viewing Party akan membawa pulang dua Skin Card berbaloi.

Kami akan menyediakan maklumat lebih menyuluruh untuk anda dalam minggu akan datang! Pastikan anda terus bersama kami di lol.garena.com.my !