Worlds 2016 bakal jadi siaran eSukan pertama Astro Arena27.10.2016

OLEH ADIL "BONCH8" HISHAM


Selaku syarikat televisyen satelit berbayar utama Malaysia, Astro akan menyiarkan final Worlds 2016 di saluran Astro Arena (CH 801). first 24 hour sports channel in Bahasa Malaysia (BM). 

Astro Arena (saluran 801) adalah saluran sukan pertama 24 jam sehari Malaysia dengan fokus perkembangan sukan tempatan dan antarabangs, dalam Bahasa Malaysia (BM).


IMPAK KEPADA ESUKAN MALAYSIA 

Astro Arena merupakan peneraju sukan negara seperti boalsepak, badminton, hoki, skuasya, akuatik dan lebih lagi! Secara tidak langsung, siaran mereka telah membenarkan para peminat sukan mendekati sukan dan kehidupan wira-wira negara. 

Dengan itu, siaran Kejohanan Dunia League of Legends adalah satu lagi langkah ke arah pembangunan eSukan di Malaysia dan membuka peluang baru dalam masa terdekat. 


CARA TONTON WORLDS 2016 DI ASTRO

Pelanggan Astro Family HD atau Sports Pack boleh menonton segala aksi Worlds 2016 secara percuma di eGG Network Saluran 808 dan Astro Arena Saluran 801/802.

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri Worlds Viewing Party, anda digalakkan menandakan jadual siaran di bawah:

Saluran: eGG Network (CH 808)
Program: League of Legends World Championship (LANGSUNG)
Tarikh: Ahad, 30 Oktober 2016
Masa: 7 pagi

Saluranl: Astro Arena (CH 801) / Astro Arena HD (CH 802)
Program: League of Legends World Championship (Ulangan)
Tarikh: Isnin, 31 Oktober 2016
Masa: 7:30 pagi 

Pelanggan juga boleh menonton siaran Worlds 2016 menerusi laman www.astroonthego.com oatau menerusi aplikasi Astro khas buat pemilik Android dan iOS.


WORLDS 2016 DALAM BAHASA MALAYSIA

Tahun ini, kami akan menawarkan Shoutcastin terjemahan Bahasa Malaysia ketika perlawnawn sedang berlangsung. Semestinya, terjemahan Inggeris turut disediakan

Barisan Shoutcaster kami akan bekerjasama dengan pihak Astro untuk melancarkan fungsi dwibahasa! Pastikan anda terus menikmati segala aksi eSukan di eGG.