Ask Riot: Kemaskini Klien League dan sistem Death Recap28.10.2016

OLEH OSTRICHBEERNANA & BANANABAND1T


Selamat datang ke Ask Riot!

Minggu ini, kami akan membincangkan kemaskini klien terbaru dan status Death Recaps setakat ini.


Kenapa klien perlu dikemaskini?

Kebanyakkan tajuk eSukan tidak perlu memperbaharui klien masing-masing. Tetapi, klien League of Legends sudah melepasi jangkanya dan kini masa telah tiba untuk melakukan penambahbaikan.

Kami sudah memamksimukan kapasiti klien kmai, namun ia dihasilkan menggunakan teknologi yang sudah lapuk dan tidak mampu melaksanakan perancangan kami akan datang. Jadi, kami akan membinanya semula. Kemaskini klien ini memerlukan pembaharuan menyeluruh dengan harapan klien terbaru dapat mempertingkatkan pengalaman anda sebagai pemain: Store, Lobby, Chat, Pemilihan Champion dan selebihnya.

Bagi para pemain, kemaskini klien mengutamakan dua perkara ini: Peningkatan Visual dan Peningkatan Teknologi.

Visual
Lihatlah saja 0klien legasi terkini. laman profil dan laman Runes tampak kurang konsisten dan menampilkan imej/grafik yang kurang sesuai. Mengapa? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan lengkap kerana ia klien legasi dihasilkan sedikit demi sedikit untuk jangka masa yang terlalu panjang. Dengan kemaskini terbaru, kami ingin menggunakan tema Hextech sebagai pandangan secara keseluruhan. Inilah contoh kami.

Teknoogi
Klien terkini beroperasi menggunakan teknologi Adobe AIR, sistem terunggul pada tahun 2009. Kami ingin menciptakan teknologi baru yang berinspirasikan Chromium. Secara tidak langsung, ia juga membenarkan kami menyelesaikan beberapa masalah klien yang sebelum ini tidak dapat ditangani seperti Replays.

cCc Grumbles cCc, Publishing Brand Management & Cactopus, Senior Writer


Ada apa dengan sistem Death Recap?

Secara ringkats, sistem Death Recap mempunyai beberapa masalah ketara dari segi struktur yang menyebabkan pembaharuan ini sukar untuk diselenggarakan.

Tahun lepas, mungkin anda menyedari masalah-masalah yang dihadapi pihak kami. Keseluruhannya, selaggi sistem tidak mendapat pembaharuan menyeluruh, kami tidak dapat memperbaiki situasi di tangan. Namun, kami telah melihat prestasi yang amat positif pada peringkat awal ini.

Sekiranya kami ingin mengembalikan Deat Reacap, kami perlu mengutamakan struktur yang bermasalah ini.

Meddler, Lead Gameplay Designer