Kemaskini Alpha klien League of Legends hampir selesai21.10.2016



Ujian Alpha bagi klien League of Legends terbaru bakal berakhir! Fasa Beta terbuka akan tiba tidak lama lagi.

Sekiranya anda belum mencuba klien Alpha, ini adalah peluang terakhir! Sebaik fasa Beta bermula, klien tersebut akan menjalani perubahan baru namun anda masih diberikan kuasa untuk melaporkan sebarang masalah yang timbul menerusi butang Bug dalam klien.

Kini, klien Alpha hanya terhad kepada mereka yang mendaftarkan diri secara manual untuk mencuba aplikasi terbaru ini. Apabila peringkat Alpha ditamatkan, had itu akan dibatalkan serta merta. Peringkat Beta adalah terbuka kepada semua yang memuat turun aplikasi tersebut menerusi akaun Garena+ masing-masing. Ikon klien terbaru terletak di bawah klien legasi iaitu klien yang digunakan majoriti pemain LoL hari ini..


 



Sebaliknya, jika anda belum bersedia untuk menggunakan klien terbaru secara tetap, anda masih berpeluang untuk menggunakan klien legasi sepanjang tempoh Beta berlangsung. Apapun, anda diberi peringatan awal bahawa klien legasi akan digantikan klien terbaru secara tetap pada pengakhiran peringkat Beta.

Sepanjang tempoh ujian Beta, pihak kemaskini klien akan mencuba yang terbaik untuk memastikan pengalaman anda berjalan dengan lancar. Bagi kami, peringkat Beta adalah peluang terbaik buat kami untuk memperbaiki segala kekurangan dari segi animasi, visual dan prestasi klien secara keseluruhan.

Diharapkan pemain-pemain kami memuat turun klien Alpha untuk menyesuaikan diri sekali gus melaporkan sebarang masalah kepada kami.