Kemaskini Klien Beta #3: Akan Selesai Tidak Lama Lagi11.04.2017



Hai manusia mulia dan pemain Yasuo,

Baru-baru ini, kami memperkenalkan pelan kami untuk menggantikan klien legasi. Kami akan memulakan Fasa 2 pelan ini kepada semua pemain di server Singapura dan Malaysia, menutup akses kepada klien legasi. Fasa 2 akan dimulakan di rantau yang lain juga nanti.

Pelan Menggantikan Klien Legasi

KINI SELESAI: Fasa 1 – Kumpulan kecil para pemain dipilih dari server Oceania, Russia, Brazil, dan Amerika Latin untuk menaik taraf klien baru, walaupun mereka masih mempunyai kebolehan untuk melancarkan klien legasi daripada skrin log masuk. Tiada masalah besar berlaku pada fasa ini.

BERMULA RABU, 12 APRIL DI SINGAPURA & MALAYSIA: Fasa 2 – Semua pemain di Singapura dan Malaysia secara automatik akan dinaik taraf kepada klien yang dikemaskini, dengan klien legasi dimatikan. Selepas proses pertukaran ini bermula, klien yang dikemaskini boleh dimuat turun di Garena+.
Fasa 2 sudah bermula di semua rantau, dimulakan dengan Oceania.

Fasa 3 – Menganggap Fasa 2 berjalan lancar, semua orang (semua pemain di semua rantau) akan secara automatik dinaik taraf kepada klien yang dikemaskini, dan klien legasi akan dihentikan. Ini akan berlaku secara automatik apabila pemain melancarkan League tanpa memuat turun fail tambahan. Selepas Fasa 3, kami akan menggantikan klien legasi dengan klien yang dikemaskini.

Fasa 4 – Kami secara automatik akan membuang klien legasi daripada fail anda untuk mengosongkan ruang.

Catatan: Fasa yang berperingkat ini dapat membantu kami untuk memantau maklum balas para pemain dan melakukan perubahan yang perlu. Kami akan mengubah pelan-pelan ini atau melewatkannya jika perlu.

JADI APAKAH YANG AKAN BERLAKU SETERUSNYA?

Selepas setiap fasa, kami akan menilai klien yang dikemaskini dibandingkan dengan klien legasi. Ia sepatutnya memberikan prestasi yang sebaik atau lebih baik daripada klien legasi, kami akan beralih ke fasa seterusnya. Jika kami melihat masalah yang serius (seperti bug menghalang pemain untuk memasuki permainan) kami akan memperlahankan proses pertukaran klien untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Mematikan klien legasi adalah yang paling penting dalam proses ini dan kami mahu berhati-hati dengannya. 

Menganggap Fasa 2 berjalan lancar, langkah seterusnya adalah untuk menamatkan klien beta secara rasmi di semua rantau, melancarkan Fasa 3 dan menaik taraf semua klien di semua rantau.

Soalan-soalan Lazim

Kami telah menyusunkan soalan-soalan lazim untuk membangkitkan persoalan yang mungkin berlegar-legar di minda anda sekarang ini:

Q: Kenapa anda melakukan semua ini?
A: Dengan berjayanya Fasa 1, kami percaya klien yang dikemaskini bersedia untuk masa perdana. Langkah ini sangatlah penting bagi kami untuk meminimumkan risiko apabila kami bergerak ke klien yang dikemaskini.

Q: Siapakah yang akan dinaiktaraf?
A: Semua orang. Anda akan melihat skrin baru dalam proses penaikan taraf apabila anda melancarkan League. Apabila proses penaikan taraf selesai, apabila anda klik “LANCARKAN," anda akan dilancarkan ke klien baru.

Kami akan meneruskan kemaskini klien ini kepada lebih banyak pemain.

Q: Bolehkah saya menggunakan klien lama sewaktu Fasa 2?
A: Tidak, matlamat pembaharuan klien ini adalah untuk menggantikan klien legasi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kenapa kami ingin menggantikan klien legasi, lihat di sini.

Q: Apa yang hebat sangat mengenai klien baru?
A: Klien yang dikemaskini dibina dari bawah menggunakan teknologi yang membenarkan kami untuk membangunkan ciri-cirinya dengan lebih pantas. Yang paling penting, ia memberikan League asas yang kuat untuk masa hadapan—kerana kami akan menyokong League untuk masa yang SANGAT PANJANG. Klien ini juga menampilkan gaya visual baru untuk League, Hextech, membuatkan keseluruhan pengalaman visual klien konsisten. Sejak awal permulaan open beta, kami memberikannya ciri besar yang baru ke atas klien yang dikemaskini: Practice Tool dan Replay.

Terdapat juga penaikan taraf yang berkualiti:

●    Tetingkap mesej yang boleh popup, menggerakkannya ke mana-mana yang anda mahukan, menukarkan saiznya dengan bebas
●    Secara automatik menyorokkan mobil atau rakan offline dalam senarai rakan anda.
●    Drag'n'drop untuk menyusun halaman masteri dan rune
●    Klik shift untuk meletakkan 9 rune pada satu-satu masa
●    Kebolehan untuk menukarkan tetapan dalam permainan daripada klien
●    Lebih banyak kawalan tetapan pada bunyi

Kami berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi dan kestabilan ciri baru. Apabila kami yakin apabila ia memberikan pengalaman yang lebih baik daripada klien legasi, kami akan menaikkan taraf klien baru kepada semua pemain. 

Lihatlah kemaskini beta sebelumnya untuk mengetahui lebih lanjut kenapa kami menggantikan klien legasi. 

Q: Saya pernah mencuba, dan ia laggy/slow, perlukah saya mencuba lagi?
A: Prestasi dan kestabilan adalah fokus kami sejak awal tahun ini. Kami juga memperkenalkan mod Low-Spec yang secara automatik mengesan spesifikasi komputer anda untuk memastikan pengalaman yang baik. Jika anda mempunyai masalah sebelum ini, kami yakin anda akan mempunyai pengalaman yang lebih baik dengan patch kami yang terkini.

Q: Saya sukakan set item—kenapa ia tidak ada dalam klien baru?
A: Disebabkan ia kurang digunakan, kami tidak mempunyai pelan untuk membawakannya ke klien baru dan memfokuskan ciri yang lebih penting untuk dinaik taraf. Walau bagaimanapun, kami mendengar banyak maklum balas dan menimbang semula keputusan kami. Kami kini ingin membina semula set item, tapi belum memulakan perancangannya, jadi ia akan mengambil masa. Semestinya,menggantikan klien legasi merupakan prioriti utama. Pada waktu ini kami masih lagi menyokong set item dalam permainan (anda tidak akan kehilangan set item anda apabila anda mengemaskini klien anda).

Q: Saya ada maklum balas yang ingin dikongsikan, bagaimanakah saya akan menghantarnya ke Riot?
A: Ada dua cara:

-    Papan perbincangan klien
-    Hantarkan tiket
Jika anda mengalami masalah teknikal / bug, silakan gunakan ikon di bawah sebelah kanan klien anda untuk menghantar laporan bug.

Q: Apa yang berlaku seterusnya?
A: Kami akan meneruskan kemaskini klien kepada lebih banyak rantau.