LICC: Laluan sukar nantikan kampus MY & SG21.10.2016

OLEH ADIL "BONCH8" HISHAM


Asia Pacific University (Malaysia) dan Republic Polytechnic (Singapura) berdepan cabaran getir untuk melepasi saringang kumpulan setelah diundi bersama wakil terunggul Asia Tenggara menjelang aksi Kejuaraan Kampus Antarabangsa League of Legends (LICC), November ini.

Perjalanan pasukan kampus bakal berakhir di Taipei City, Taiwan; kubu pertahanan Flash Wolves dan ahq e-SportsClub yang beraksi di Worlds 2016! Bagaimanapun, pentas profesional tidak semestinya membawa nasib yang sama apa tidaknya pasukan kampus elit Asia bakal bertembung buat kali pertama dalam sejarah!

KEPUTUSAN UNDIAN KUMPULAN

Berikut adalah undian kumpulan bagi 10 wakil kampus LICC:






Perlawanan peringkat kumpulan akan ditentukan menerusi format BO1 di mana dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan Playoff. 


PERHIMPUNAN KAMPUS ELIT


Laungkan sokongan anda buat wakil-wakil negara tercinta! Nyatakan pendapat anda tentang LICC dalam ruang komen dibawah! 

Nantikan maklumat terkini apabila LICC berlangsung pada 12-13 November ini!