Terima kasih pencuba klien Alpha!08.11.2016

 

Setelah melancarkan kemaskini klien Alpha pada awal tahun, kami hanya memiliki ARAM, Blind Pick dan kepercayaad bahawa pemain-pemain dapat mempertingkatkan mutu klien - sebagai pencuba rela. Semestinya, jangkaan kami adalah yang tepat.

 

Sepanjang ujian Alpha, pemain percubaan kami menghadapi pelbagai halangan. Pada satu masa, klien mampu Install Patch ketika anda sudah memasuki perlawanan! Bagi pengguna Mac, pelbagai Bug muncul juga, diamana anda dapat mengheret laman anda ke luar paparan skrin dan hilang. Setiap pemain percubaan Alpha ibarat berjalan dalamm zon konstruksi, macam-macam boleh jadi!

 

Namun, penucuba menunjukkan semangat dan tahap kesabaran yang cukup tinggi. Dalam masa enam bulan, kami menerima 150,000 pertanyaan (dalam 22 bahasa berlainan!) dari pemain-pemain LoL sedunia. Dengan pertanyaan anda, kami dapat memperbaiki lagi kualiti dan reka bentuk klien baru.

 

Persoalan dan pendapat pemain adalah tajuk utama perbincangan kami -- kami dapat menemui keserasian antara pemain dan pengusaha sekali gus mengutamakan kehendak anda.

 

Kini, kami sudah sedia memasuki fasa setersunya. Kami memberikan akses kepada semua yang mendaftar untuk menyertai ujian Alpha. Bagi mereka yang ingin mencuba klien League of Legends terbaru, anda akan diumumkan dalam masa yang terdekat.